Jumaat, 20 Januari 2012

buat diriku yang lupa .

Adibah Azizi ,
Jaga maruah dan martabat diri kamu sebagai seorang muslimah dan srikandi Islam . Jadikanlah diri kamu sebagai sebaik baik wanita yang jadi perhiasan dunia sepertimana yang digambarkan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah .
Do the best for your life , your future life and your life and hereafter . 
Imanmu adalah perisai , agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur . 
Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikkan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata , jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong . Andai kata kau tersungkur , segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu atur kembali langkahmu bersama titipan doa dan mulakan dengan langkah yang baru . Jangan bersedih andai apa yang kau inginkan tidak kau perolehi , syurga itu sentiasa menantimu . 

Peganglah kata kata ini , 'kau sebenarnya tidak akan tersasar sekiranya keimananmu kau jadikan tunjang dalam kehidupanmu' .

Adibah Azizi ,
Biar tawadukmu lebih menggunung daripada kejelitaanmu , biar keayuanmu terpancar dek lemah gemalainya perilaku , biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmu mu . 
Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu , biar kesabaranmu menjadi bentang perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah . Jadilah wanita paling bahagia .





Tiada ulasan:

Catat Ulasan