Selasa, 27 Disember 2011

segalanya bermula.

1433H/2012M .
disinilah pengorbanan , perjuangan dan keikhlasan diperlukan ..

- spm spm spm !

- istiqamahkan penampilan . adibah , you look much better .

- banggakan ibu ayah dan penuhi impian diorang .

- keep waiting . for who ? secret . :)

waiting , waiting and waiting ..
hanya mampu berserah ..

Khamis, 22 Disember 2011

tHe rIgHt pAtH ~

a true life experience .
memang , memang pada mulanya dunia smka diterokai kerana tuntutan seorang anak yang patuh pada kedua orang tuanya . tapi akhirnya , timbul kesedaran tentang realiti sebenar kehidupan sebagai bekas pelajar sekolah harian . smk khir johari , disini segalanya bermula . sebuah kehidupan yang hanya bermotifkan kejayaan duniawi semata . sebaik sahaja keputusan pmr diumumkan , ibu dan ayah merancang pelan masa depan . smka slim river menjadi pilihan . disinilah kebenaran terbukti ..
entah kenapa , setelah beberapa bulan menjadi penuntut ilmu di smka , hati tertarik untuk mengimbas kembali setiap apa yang telah dilakukan sepanjang bergelar pelajar sekolah harian . diakui , banyak kekhilafannya . dan di bumi smka ini , jawapan yang dicari akhirnya ditemui . betapa telah jauh dari landasan hidup seorang srikandi islam . setiap persoalan yang selama ini bermain-main di fikiran , satu demi satu diselidiki serta dirungkaikan .
lalu , hati terbuka untuk untuk berubah ke arah yang lebih baik . Alhamdulillah , Allah permudahkan segalanya . fikiran mula merancang hidup berlandaskan prinsip islam , penampilan mula berubah . doakan moga istiqamah ~ aminn ..
ayah, ibu , meski hati ini tidak rela pada mulanya , kini diri ini mengerti . keputusan yang telah kalian lakukan adalah tepat sekali . terima kasih kerana menghantarku ke sini . kerana di sini , ku temui nur keinsafan .
ayah ibu , insyaAlllah , akan digapai gelaran yang kalian idam-idamkan  dariku , 'ustazah' .
Semoga islam terus berkembang mekar dalam diri kita semua .

Dedikasi khusus buat ayah dan ibu , kakak , adik serta insan-insan yang mendorong perubahan ini .

Selasa, 20 Disember 2011

Mencari Cinta Dalam Istikharah

istikharah cinta memanggilku
memohon petunjuk-Mu
satu nama teman setia
naluriku berkata
di penantian luahan rasa
teguh satu pilihan
pemenuh separuh nafasku
dalam mahabbah rindu

Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. 

Adibah Azizi , 
Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.

Namun , andai kata kau sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya tetap kau dikecewakan , bertabahlah ! Itulah namanya kehidupan , dikecewakan dan mengecewakan . Dilukai dan melukai .



Sabtu, 17 Disember 2011

jalan-jalan cari makan ~

17/12 ~ usai settlekan hal adik , ayah , ibu , dba n adik `mengambil kesempatan` yang ada dan menggunakan sepenuhnya masa yang sememangnya terhad untuk jalan-jalan ~ ape lagi destinasi yang ada . selain fiesta pelancongan ?? dengan seronoknya melangkah kaki ~



dalam kekalutan `melewatkan` masa ~ but , still , i wish u were here ~


psst .. die pikir die kacak , tak pe , bagi la die berangan kejap . kesian ..


dating ~ haha . okie , its not funny . adik oh adik ~


everytime is a family time ~
mne lagi nak jelajah ni ?

Khamis, 15 Disember 2011

Cahaya Hati ~

buat diriku Adibah Azizi ~
berjalanlah dengan penuh pengharapan walau hidup ini tak selalu bahagia . sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak mampu lagi bertahan . belajarlah memaafkan walau dirimu terluka . berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran . hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau dia tak kelihatan . Bukti kasihnya , kita wujud di dunia pinjaman ini . ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya . jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu . perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi . moga lelahmu dihargai Illahi walau dicemuhi insani .

Isnin, 12 Disember 2011

++ Sebuah Memori Terpahat di Hati ++

Assalamualaikum ~


tak pernah terfikir dba akan diberi peluang menyertai debat . even takde pengalaman dalam debat , who cares ? ini la platform terbaik untuk buktikan yg dba boleh buat ape yg org biase mungkin tak boleh buat . even tak sehebat mane , at least , ada pengalaman yang indah untuk dikenang kat sekolah baru . 

Special thanks dedication buat insan yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang terbabit dalam debat bahasa arab ~ 

----> Ustaz Ahmad Fuad 

----> Senior Hibatul Muqlis

--->Senior Abdul Mujib

---> Senior Adli Razin

dan buat semua tenaga pengajar tetap mahupun praktikum , yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung , jasa anda terpahat uth dalam ingatan .






Semoga sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah Maha Esa .