a true life experience .
memang , memang pada mulanya dunia smka diterokai kerana tuntutan seorang anak yang patuh pada kedua orang tuanya . tapi akhirnya , timbul kesedaran tentang realiti sebenar kehidupan sebagai bekas pelajar sekolah harian . smk khir johari , disini segalanya bermula . sebuah kehidupan yang hanya bermotifkan kejayaan duniawi semata . sebaik sahaja keputusan pmr diumumkan , ibu dan ayah merancang pelan masa depan . smka slim river menjadi pilihan . disinilah kebenaran terbukti ..
entah kenapa , setelah beberapa bulan menjadi penuntut ilmu di smka , hati tertarik untuk mengimbas kembali setiap apa yang telah dilakukan sepanjang bergelar pelajar sekolah harian . diakui , banyak kekhilafannya . dan di bumi smka ini , jawapan yang dicari akhirnya ditemui . betapa telah jauh dari landasan hidup seorang srikandi islam . setiap persoalan yang selama ini bermain-main di fikiran , satu demi satu diselidiki serta dirungkaikan .
lalu , hati terbuka untuk untuk berubah ke arah yang lebih baik . Alhamdulillah , Allah permudahkan segalanya . fikiran mula merancang hidup berlandaskan prinsip islam , penampilan mula berubah . doakan moga istiqamah ~ aminn ..
ayah, ibu , meski hati ini tidak rela pada mulanya , kini diri ini mengerti . keputusan yang telah kalian lakukan adalah tepat sekali . terima kasih kerana menghantarku ke sini . kerana di sini , ku temui nur keinsafan .
ayah ibu , insyaAlllah , akan digapai gelaran yang kalian idam-idamkan dariku , 'ustazah' .
Semoga islam terus berkembang mekar dalam diri kita semua .
Dedikasi khusus buat ayah dan ibu , kakak , adik serta insan-insan yang mendorong perubahan ini .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan