Selasa, 20 Disember 2011

Mencari Cinta Dalam Istikharah

istikharah cinta memanggilku
memohon petunjuk-Mu
satu nama teman setia
naluriku berkata
di penantian luahan rasa
teguh satu pilihan
pemenuh separuh nafasku
dalam mahabbah rindu

Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. 

Adibah Azizi , 
Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.

Namun , andai kata kau sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya tetap kau dikecewakan , bertabahlah ! Itulah namanya kehidupan , dikecewakan dan mengecewakan . Dilukai dan melukai .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan